Terus ke kandungan

Kami buat kit untuk kelab bola sebenar

PUC Sport ialah jenama sukan PUC Luxury Sdn Bhd, syarikat milikan Bumiputera dari Kota Bharu, Kelantan. Jersi yang anda beli di sini datang dari pengeluar yang sama yang memakaikan pasukan liga.

Kit yang kami buat

  1. 2019 – 2020Kelantan FCPembekal kit pasukan, dua musim.
  2. 2024 – kiniKelantan Darul Naim FCKini Kelantan The Real Warriors FC. Tajaan kit RM600,000 diumumkan Mac 2024.
  3. 2026 / 27Kelantan City FCOfficial Apparel Partner — kit pertama kelab di bawah nama barunya.

Selain itu, PUC memakaikan puluhan pasukan liga komuniti dan amatur di Kelantan setiap musim.

Cara kami jual

Kami jual secara pre-order ikut batch, bukan stok siap. Bila batch tutup, setiap helai dicetak dan dijahit mengikut tempahan — jadi tiada saiz yang tinggal tak terjual, dan anda dapat kit yang dibuat untuk tempahan anda. Anggaran pos 2–3 minggu selepas batch tutup.

Kerana setiap helai dibuat khas, tiada pertukaran saiz selepas cetakan bermula. Itu sebabnya carta saiz kami senaraikan 13 saiz penuh, dari 10XS hingga 6XL — semak sebelum kunci tempahan, dan tanya kami kalau ragu.

Nak jual PUC?

Ada dua jalan, dan ia berbeza. Ejen Affiliate kongsi link, pelanggan bayar harga runcit, dan anda dapat komisen selepas barang sampai — tiada stok, tiada modal. Agen Stok beli pada harga borong dan jual sebagai pelanggan sendiri.

Daftar Ejen Affiliate

Pendaftaran Agen Stok belum dibuka — WhatsApp kami kalau anda berminat.

Syarikat

PUC Luxury Sdn Bhd (917741-U)

Kota Bharu, Kelantan

Lihat KoleksiHubungi Kami

Tentang PUC Sport